Bls: Gamat Healin & Skincare AG2000
GAMOGEN BARU (RM127.00)
1.
GAMOGEN adalah salah satu produk keluaran Healin yang telah berada di pasaran semenjak beberapa tahun. Produk ini telah berjaya mengekalkan reputasi baiknya kerana khasiatnya yang telah terbukti berkesan.
2. Sebagaimana yang telah di tekankan sebelum ini,
GAMOGEN mengandungi bahan aktif Asid Amino Kompleks yang kini di kenali sebagai Gamodulin™ yang membantu pembentukan semula sel-sel kulit serta meningkatkan sistem imunisasi badan dan juga meningkatkan kadar metabolism sel.
3.
GAMOGEN berupaya untuk membantu meningkatkan kadar penyembuhan luka luaran dan dalaman yang berlaku secara semulajadi dan juga mampu menjadi agen pemudaan sel di dalam seluruh tubuh badan manusia.
4.
GAMOGEN versi baru ini adalah jauh lebih baik lagi jika di bandingkan dengan versi asal.
5. Rahsianya adalah terkandung di dalam kaedah bagaimana Gamodulin™ di gabungkan secara selektif bersama kandungan nutrisi-nutrisi lain seperti Omega-3, Omega-6, Vitamin E, Vitamin B kompleks, Klorela dan Beta Karotena yang lengkap sebagaimana yang telah di sarankan oleh Akademi Anti-Penuaan Amerika bagi mencegah penuaan, kanser dan meningkatkan sistem imunisasi badan.
6. Berbanding dengan yang asal,
GAMOGEN baru ini telah di perkuatkan dengan kandungan nutrien tambahan seperti Klorela, Madu dan banyak lagi.
7. Sebagaimana yang telah di buktikan secara saintifik, Klorela membantu untuk mempertingkatkan pembentukan sel dan mengurangkan paras kolesterol di dalam darah. Klorela telah di kenali sebagai agen pencuci yang amat berkuasa yang boleh di ambil daripada alam semulajadi, memandangkan kandungan klorofilnya yang dapat membantu mengnyahkan toksin daripada usus, hati, buah pinggang dan saluran darah. Ia membantu untuk menstabilkan sistem usus, merangsang pembentukan tisu dan mempercepatkan penyembuhan luka dan kesan terbakar. Klorela juga dapat membantu sistem penghazaman, mengawal kalsium didalam sistem tubuh badan serta meningkatkan kebolehan untuk menyerap zat besi ke dalam sistem badan.
8. Memandangkan kepada khasiatnya yang banyak, seluruh keluarga tanpa mengira usia amat di sarankan untuk mengambil
GAMOGEN secara konsisten sebagai makanan tambahan harian.